Perkhidmatan Hartanah di Raub & Pahang
Alma Properties membantu pemilik, pembeli dan penyewa menguruskan urusan hartanah di Raub serta kawasan sekitar Pahang.
Perkhidmatan dikendalikan oleh Rosmaria (REN 69131) dan Danial Baharuddin (REN 53696), perunding hartanah berdaftar yang bernaung di bawah Homefield Real Estate. Kami memberikan penerangan yang jelas, khidmat yang teratur dan bantuan sepanjang proses jual beli atau sewaan hartanah.
Jual dan Beli Hartanah
Kami membantu pemilik yang ingin menjual rumah atau tanah serta pembeli yang sedang mencari hartanah mengikut lokasi dan kemampuan kewangan.
Bagi pembeli yang mencari rumah untuk dijual di Raub atau sekitar Pahang, kami akan membantu mengenal pasti pilihan hartanah yang sesuai, mengatur lawatan rumah dan menerangkan proses pembelian.
Urusan Sewaan Hartanah
Kami membantu pemilik memasarkan rumah untuk disewa dan mendapatkan bakal penyewa. Penyewa pula boleh mendapatkan bantuan mencari rumah mengikut lokasi, bajet dan keperluan keluarga.
Urusan lawatan rumah, rundingan kadar sewa dan penyelarasan proses sewaan turut dibantu.
Pemasaran Hartanah
Setiap hartanah akan dipasarkan menggunakan saluran yang bersesuaian seperti laman web, portal hartanah, media sosial dan rangkaian perunding hartanah.
Kami turut membantu menyediakan iklan yang jelas, gambar, video dan maklumat hartanah bagi menarik pembeli atau penyewa yang sesuai.
Semakan Awal Kelayakan Pinjaman
Pembeli boleh mendapatkan semakan awal kelayakan pinjaman berdasarkan pendapatan, komitmen kewangan dan rekod kredit.
Semakan awal ini membantu pembeli mengetahui julat harga rumah yang lebih sesuai sebelum membuat pilihan. Kelulusan akhir tetap tertakluk kepada penilaian pihak bank atau LPPSA.
Anggaran Awal Harga Pasaran
Pemilik yang bercadang menjual rumah atau tanah boleh mendapatkan anggaran awal harga pasaran berdasarkan lokasi, jenis hartanah, keadaan semasa dan transaksi hartanah berdekatan.
Anggaran ini membantu pemilik menetapkan harga permulaan yang lebih munasabah. Penilaian rasmi hartanah hanya boleh dikeluarkan oleh penilai berdaftar.
Bantuan Proses dan Dokumentasi
Kami membantu menyelaraskan urusan daripada peringkat pertanyaan, lawatan rumah, rundingan, tempahan dan permohonan pinjaman sehingga proses dokumentasi serta penyerahan kunci.
Urusan berkaitan pinjaman, guaman dan penilaian akan diselaraskan bersama pihak bank, peguam dan penilai yang berkaitan.
Mahu Jual, Beli atau Sewa Hartanah?
Jika anda sedang mencari rumah untuk dijual di Raub, mahu menjual hartanah atau memerlukan bantuan berkaitan sewaan, hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Rosmaria — REN 69131
WhatsApp: 011 1617 7487
Danial Baharuddin — REN 53696
WhatsApp: 014 847 1714
ALMA PROPERTIES
Perunding Hartanah Berdaftar
Bernaung di bawah Homefield Real Estate